kami menawarkan set supplemen utk sesiapa jua.
Utk ibu hamil,ibu menyusu,ibu dalam pantang,utk kesihatan IQ kanak2,utk kecantikan kulit,utk cegah tulang rapuh,atasi masalah keguguran rambut,utkmeningkatkan tenaga dan melawan stress,utk kecantikan wanita dalaman luaran,anti agingmembantu mengekalkan kesihatan jantung,meningkatkan kesihatan pesakit kencing manis dan gout,utk sistem penghadaman yg lebih baik,penawar resdung,asma allergi,tingkatkan sistem imun,utk atasi konflik berat badan..

Selasa, 8 November 2011

kesuburan

Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seseorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).

Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah ada sehingga membawa kepada perceraian! Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita.

Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca dari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Punca wanita tidak subur:
* Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
* Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
* Penyakit berkaitan kelamin.
* Penyakit berkaitan masalah pelvik.
* Merokok.
* Pengambilan kafein yang berlebihan.
* Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
* Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

Punca lelaki tidak subur:
* Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
* Sperma kurang cergas
* Sperma yang tidak sempurna
* Sekatan pada saluran semen
* Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.

Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:
* Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
* Pendedahan terhadap punca radiasi.
* Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.

Antara cara-cara untuk menanganinya Pengambilan Vitamin-Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan: Vitamin E
- membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.

Zinc
- meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.

Vitamin C
- Berperanan dalam pembentukan sperma.

B Complex

- Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.

Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, kami cadangkan kedua2 suami isteri mengambil Set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda. Kami jugak menggalakkan pengambilan Alfalfa terutama bagi para isteri yang mempunyai masalah dalaman seperti masalah keputihan,menguatkan otot rahim dan sebagainya. Alfalfa juga membantu memantapkan kewanitaan anda sebagai isteri.

Di samping itu, kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma. Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat,untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan.UBAT YA... KALAU PENGAMBILAN SUPPLEMEN,TAK TANYA DOC PUN TAK JADI HAL SANGAT.. MALAH DOKTOR AKAN SANGAT MENGGALAKKAN.

Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :) Amin

Artikel asal : Buahhatikusayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan