supplemen beracun..cuak tak?..kot2 lah ada makan2 mana2 produk berkaitan..yelah..sekarang ni supplemen melambak kat pasaran.... jom baca artikel berkaitan tajuk di atas dipetik dari berita harian
Idam nak cantik jadi gilaOleh Faiza Zainudinfaiza@bharian.com.my2010/08/15
47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam
KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.
Katanya, ada pengguna
meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.
Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan
berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine. “Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.
Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.
INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
Senna Plus Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Body Trimz
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
357 Nasal Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Reepo
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
Air Ikan Haruan
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
De Putih Night Cream
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
kesimpulannya..jadilah penggguna yang bijak lagi berhemah... alah membeli menang memakai.. bukannye menang membeli tapi menyesal kemudian hari...
jadilah seperti saya yang memilih produk jenama Shaklee..For 50 years, Shaklee has been leading the way in natural health products,personal care, home care and air treatment products including 45 patents worldwide..bla bla bla... :-)
credit to kak cery
Tiada ulasan:
Catat Ulasan