kami menawarkan set supplemen utk sesiapa jua.
Utk ibu hamil,ibu menyusu,ibu dalam pantang,utk kesihatan IQ kanak2,utk kecantikan kulit,utk cegah tulang rapuh,atasi masalah keguguran rambut,utkmeningkatkan tenaga dan melawan stress,utk kecantikan wanita dalaman luaran,anti agingmembantu mengekalkan kesihatan jantung,meningkatkan kesihatan pesakit kencing manis dan gout,utk sistem penghadaman yg lebih baik,penawar resdung,asma allergi,tingkatkan sistem imun,utk atasi konflik berat badan..

Rabu, 17 September 2014

Bahaya Dehidrasi - solusi PERFORMANCE DRINK

Adakah biskita tahu?
Nyawa kita terancam sekiranya tiga hari tidak minum air berbanding tujuh hari tanpa makanan?

Air sangat penting bagi kehidupan. Namun masyarakat umum seringkali dibelenggu desas desus berkenaan dengan tabiat minum air yang cukup mengelirukan!

Asasnya, kita disarankan untuk minum sebanyak lapan gelas air sehari. Teori ini sememangnya mudah diingati; tetapi, adakah kita mencapai sukatan ini setiap hari? Adakah teori ini dipraktikkan sepenuhnya?

Pertama sekali, kita kena memahami bahawa tahap kesihatan setiap individu berbeza-beza, jenis-jenis aktiviti fizikal yang dilakukan dan faktor-faktor persekitaran (contohnya, cuaca) akan mempengaruhi kuantiti air yang diperlukan oleh badan kita. 60 peratus daripada berat badan kita terdiri daripada air. Ianya merupakan keperluan asas untuk melancarkan sistem badan kita untuk terus berfungsi. Sebagai contoh, air memainkan peranan utama dalam pembuangan toksin dari badan, merupakan ejen pengangkutan kepada sel-sel badan dan menstabilkan persekitaran pada telinga, mata dan juga bahagian kerongkong manusia.

Hidrasi Dan Pemakanan

Diet yang seimbang penting bagi mengekallan kesihatan kita. Pengambilan makanan yang mengandungi protin yang tinggi dan tidak mengutamakan keperluan air seharian boleh membebankan buah pinggang dan membawa kesan-kesan negatif terhadap fungsi buah pinggang. Ini secara langsung akan mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang secara berperingkat tanpa disedari.

Adakah biskita tahu? 20 peratus kandungan air yang diperlukan oleh badan kita setiap hari boleh didapati daripada makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, sup tomyam, sup tulang, sup berkrim dan sebagainya. Antara makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi adalah seperti buah tembikai, limau, tomato, daun salad, dan bayam.

Adakah minuman berkafein seperti air kopi, minuman bergas dan alkohol turut termasuk dalam teori '8 gelas air setiap hari'?

Jawapannya adalah TIDAK. Minuman sebegini tidak patut diambil dalam kuantiti yang banyak kerana mengambil kira akan kandungan kalori yang tinggi.

Sebaliknya, air masak masih menjadi sumber minuman yang terbaik, paling murah dan senang didapati.

Akhir kata, dehidrasi tidak boleh dipandang ringan.

Kita harus peka dengan keadaan badan sendiri dan menyedari bahawa keperluan bagi setiap individu adalah berbeza.

Ingat! Kesibukkan dalam kegiatan seharian TIDAK SEHARUSNYA dijadikan alasan untuk lupa minum air. Jangan ambil mudah dengan kepentingan hidrasi sekiranya anda sayangkan badan anda!

Hubungi kami
8938290 sms/whatsapp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan